Ibu tunggal tiga anak tinggal dalam reban ayam

PASIRPUTEH – Seorang ibu tunggal bersama dengan tiga anaknya yangmengalami kesempitan hidup terpaksa tinggal di reban ayam sejakbeberapa bulan lalu di Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal, disini.

Rabiatul Adawiyah Ayub, 32, berkata, kehidupannya berubahselepas bercerai dengan suaminya tahun lalu dan lelaki itu tidakmampu menampung keperluan anak-anaknya selepas mengalami kecederaanparah susulan terlibat dalam kemalangan.

「Selepas bercerai, pada awalnya bekas suami sewakan rumah dansediakan keperluan harian anak-anak. Selepas kemalangan, dia takdapat bekerja dan tak mampu nak tampung keperluan anak-anaklagi.

「Jadi, saya buat keputusan untuk balik ke kampung emak tetapiterpaksa duduk dalam reban ayam ini kerana saya tidak mahumenyusahkan mak untuk menumpang kerana rumahnya juga kecil,」katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.

廣告-請繼續往下閱讀

Reban ayam itu yang terletak di sebelah rumah kecil ibunya sudahlama tidak digunakan, dibersihkan dan dijadikan sebagai tempattinggal Rabiatul dan anak-anaknya.

Kehidupan merka juga tidak terurus terutamanya dalam soalmakan-minum dan pemakaian di mana mereka hanya makan nasi sekalisehari untuk mengisi perut.

Bagi menyara anak-anaknya, Rabiatul menjaja kain secarakecil-kecilan dari rumah ke rumah di sekitar kawasan BukitAbal.

「Memandangkan anak-anak masih kecil, sukar untuk saya bekerja.Buat masa ini saya jual kain yang dibekalkan oleh kakak. Selepashantar anak sulung ke sekolah, saya akan mula menjaja kain ataukutip duit jualan kain.

「Setiap hari pada waktu pagi atau tengah hari, saya akan belinasi bungkus untuk makan bersama anak-anak. Waktu petang dan malamkami ikat perut atau makan makanan ringan,」 katanya.

廣告-請繼續往下閱讀

Difahamkan, Rabiatul mempunyai seorang lagi anak yang diserahkankepada kakaknya untuk dijaga, sebaik anak keempat itu dilahirkanawal tahun lalu. Rabiatul terpaksa berbuat demikian walaupunhatinya terasa berat, kerana dia tidak mampu. Dia redakan jugakerana anak itu dijaga oleh kakaknya sendiri.

Kisah hidup Rabiatul dan anak-anak sebelum ini viral di mediasosial. Sejak viral itu, ramai individu dan pihak yang datangmenghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan danmakanan, malah bahan untuk membina rumah juga dihantar ketempatnya.

「Hari ini ada orang parti politik datang jenguk, saya tak kenal.Ada orang lain daripada NGO, mereka ada bagi sumbangan bekalanmakanan dan duit.

「Selain itu ada yang mula menghantar barang-barang untuk membinarumah. Katanya rumah akan dibina tidak lama lagi untuk menggantikanreban ayam ini,」 katanya.

Rabiatul berterima kasih dengan keprihatinan masyarakat yangsudi membantu keluarganya itu.

Kepada mereka yang mahu membantu, boleh menghubungi keluarga inidi talian 017-9689519.

Ibu tunggal tiga anak tinggal dalam rebanayam

 

 

Ibu tunggal bersama tiga anaknya di hadapan reban ayam yangdijadikan tempat berteduh di Kampung Banggol Tiga Daerah, BukitAbal, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.

廣告-請繼續往下閱讀

PASIR PUTEH - Kekangan kemiskinan memaksa seorang ibu tunggaldan tiga anak tinggal dalam reban ayam di belakang rumah ibunya, diKampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal, di sini tanpa sebarangkemudahan. 

Rabiatuladawiyah Ayub, 32, yang berpisah dengan suaminya sejakenam bulan lalu memilih reban ayam yang dibaiki dengan dinding zinkterbuang sebagai kediaman mereka sekeluarga kerana tidak mahumengganggu dan membebankan ibunya.

Menurutnya, bekalan letrik disambung dari rumah ibunya sekadaruntuk satu lampu sahaja dan tiada ruang dapur mahupun biliktidur.

 

"Saya juga mendapat bekalan air dari rumah ibu dan sekali sekalamemasak dan makan di luar rumah yang dahulunya adalah rebanayam.

" Rumah ibu juga kecil dan hanya ada satu bilik sahajasememangnya tidak sesuai untuk kami tinggal di situ. Apa lagi ibu baharu sahaja berkahwin dengan lelaki pilihannya," katanya yangtinggal di situ sejak dua bulan lalu.

Rabiatuladawiyah berkata,  anaknya, Wan Nurdhia Irdina WanRubuan, 7, Wan Mohd. Aniq Anaqi, 6, dan Wan Mohd Firas Irfan,setahun, hanya makan nasi sekali sehari kerana tidak ada sumberpendapatan.

"Saya juga gagal membekalkan wang saku sekolah kepada WanNurdhia Irdina. Saya tidak memasak kerana tidak ada dapur, duitjiran bagi saya gunakan untuk beli makanan. Paling utama empatbungkus nasi untuk sekali makan," katanya.

Kisah keluarga ini tular di laman sosial selepas pemderitaanhidup mereka dikesan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuaiMohd. Asri Abdullah.

Menurut Mohd. Asri gabungan lebih 12 NGO bersetujuuntuk membantu keluarga tersebut dengan pelbagai pendekatan bagimembela nasib ibu tunggal berkenaan.

Katanya, salah seorang pimpinan NGO, Mohd. Zamrud Hassansedang berusaha mendapatkan dana untuk membina rumah bagimenggantikan reban ayam.

廣告-請繼續往下閱讀

Sementara itu, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Abd. Pattah Hasbullahberkata,  kisah keluarga berkenaan sudah mendapat reaksipelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

「JKM telah menghulurkan bantuan segera bagi meringankan bebananibu tunggal yang tinggal dalam ruang sempit di atas tanah yanghanya beralaskan tikar.

"Kita juga sedang mengurus bantuan bulanan untuk anaknyasebanyak RM300 sebulan, manakala siasatan lebih terperinci sedangdilakukan oleh penggawa kawasan tersebut," katanya. - K!ONLINE