Dengarlah suara guru untuk jayakan revolusi pendidikan

 

Dengarlah suara guru untuk jayakan revolusipendidikan

Teo Wei Sing

 

Benar kata Menteri Pendidikan, MaszleeMalik bahawa dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi kejayaanpendidikan negara, ia bukannya 「one-man show」 kerana Tuhan tidakmengubah nasib sesebuah kaum, melainkan kaum itu berusahasendiri.

廣告-請繼續往下閱讀

Warga guru merupakan pendidik yang bersifat mulia danberintegriti tinggi. Andai kata tercalar imej dan wajah pendidik,mereka sendirilah perlu bangkit dan memulihkan imej itu dengankekuatan yang perlu ditunjukkan kepada semua rakyat Malaysia.

Perkara ini sangat jelas dan tidak mungkin berjaya dalam tempohterdekat dengan usaha seorang dua, tetapi ia tidak mustahiltercapai sekiranya golongan pendidik bersatu menuju matlamatsama.

Impian saya tidak lain tidak bukan untuk Kementerian Pendidikanmengembalikan martabat profesion perguruan pada masa depan.

 

廣告-請繼續往下閱讀

廣告-請繼續往下閱讀

 

Setahu saya, ajaran Islam telah meletakkan kedudukan guru diperingkat sangat tinggi. Tingginya penghargaan itu sehingga Islammenempatkan kedudukan guru setingkat di bawah kedudukan nabi danrasul.

Memetik kata Imam al-Ghazali, sesiapa yang memilih pekerjaanmengajar, maka ia sesungguhnya telah memilih pekerjaan besar danpenting.

Maka, saya yakin Islam pasti memuliakan guru, lebih-lebih lagisaya hidup dan berkhidmat sebagai seorang guru di negara Islam yangbersifat terbuka.

Selain memberi masa mencukupi kepada menteri pendidikan yangberjiwa besar dan bermatlamat tinggi, pendidik seharusnya bergerakseiring sekata kerana mereka merupakan golongan terdidik danterpelajar, golongan pemikir yang kritis dan berdaya saing.

 

Mereka mampu berfikir dan melaksanakan arahan dengan caratersendiri tanpa menyimpang jauh daripada tabii.

Penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan danJawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara antara strategi utamaKementerian Pendidikan dalam usaha memartabatkan kembali sistempendidikan.

Hal ini dikatakan demikian kerana orang ramai dari pelbagaiperingkat dan lapisan dipelawa memberi cadangan dan idea baru.

Pendidik merupakan individu penting yang akan turutmenyumbangkan idea dalam hal ini dan ibu bapa sudah tentu turutmemberikan pandangan dari sudut kepentingan mereka.

Jika boleh, pendidik perlu dipelawa menyertai jawatankuasarevolusi untuk menegaskan suara guru melalui wadah palingtepat.

Di sini, kami benar-benar berharap setiap cadangan itu akanditeliti sedalam-dalamnya. Biarlah pendidik sendiri menentukan apaitu beban berat atau tugas ringan kerana hanya mereka yangmengetahui sejelas-jelasnya, malah sedalam-dalamnya.

廣告-請繼續往下閱讀

廣告-請繼續往下閱讀

Biarlah pendidik menjelaskan keadaan sebenar di sekolah bagimencari jalan penyelesaian. Kemudian, semua arahan perubahan yangjelas dan tegas diturunkan dari peringkat atasan kepada akar umbi,malah sistem penyampaian berkesan perlu diamalkan secaraefektif.

Andai kata mengajar itu indah bahagia, sudah tentu anak-anakakan mekar berkembang, persis bunga raya memerah di laman bangsa.Andai kata mendidik itu menggembirakan, sudah tentu pepohon bangsaakan terus subur di rimba Malaysia yang tercinta.

Kita sebagai guru Malaysia perlu menggerakkan jari-jemari danmenghadap skrin telefon pintar mahupun komputer untuk mengisi kajiselidik beban tugas guru untuk memaklumkan kebenaran. Kita perlumeluahkan kebenaran tentang senario terkini di sekolah demirevolusi pendidikan.

Dakaplah peluang revolusi ini untuk menyampaikan hasrat kepadanakhoda pendidikan baru!

Teo Wei Sing ialah seorang pendidik.