Cikgu, budimu kubawa mati....Tulisan Datuk Jalil yang menyentuh hati...

 

RENCANA

 

廣告-請繼續往下閱讀

Cikgu, budimu kubawa mati! - Tulisan Datuk Jalil yangmenyentuh hati

 

Abd Jalil Ali

Datuk Abd Jalil Ali ialah Penasihat Eksekutif Editorial SinarHarian

Walaupun bukan cikgu, saya betul-betul berharap Hari Guru tahunini – yang akan disambut pada 16 Mei – lebih bermakna buatpendidik. Dan buat semua!

 

Ibu bapa, masyarakat, lebih-lebih lagi murid-murid, mestimenghormati, mengenang dan selalu menghargai jasa dan budiguru. 

Tidak kira guru tadika, guru sekolah rendah dan guru sekolahmenengah, guru pondok, guru al-Quran, mereka adalah pembentukzaman.  Selalulah ingat, tidak kira siapa kita dan di manakita sekarang, semuanya kerana ilmu yang diajar guru.

Secara peribadi terasa besar sangat jasa cikgu kepada saya.

Dia mengenalkan saya A, B, C, Alif, Ba, Ta, 1, 2, 3. Hattatanda-tanda mudah seperti & @. ,! ? 「 - + = % semua diajarkankepada saya. Huruf, angka dan tanda-tanda itulah menjadi asaskehidupan saya sebagai manusia.

Budi cikgu saya kenang hingga mati!

Tetapi, sejauh mana kita sebagai ibu bapa, juga anak-anak kita,menghormati guru sekarang?  Nampaknya penghargaan terhadapcikgu semakin disepikan. Hari Guru yang disambut setiap tahun sejaklebih setengah abad lalu, biasanya berlalu begitu sahaja.

Tidak banyak yang prihatin untuk sama meraikan.

Bersalaman. Tanya anak kita, apa yang diberikan sebagai hadiahpada cikgu pada hari itu? Tidak ramai murid sudi bersalaman, jauhsekali memeluk dan mencium guru mereka pada hari itu.

Tidak ramai juga murid-murid yang memberikan hadiah, walaupunsekuntum bunga, sebagai tanda terima kasih kepada insan yangmengajar mereka.

 

Malah, sebahagian besar murid, mungkin tidak tahu pun ada HariGuru. Mereka tidak kisah, tidak pernah rasa terhutang budi padacikgu. Dan tanya diri kita sendiri sebagai ibu bapa, apa yangpernah kita raikan untuk menghargai jasa golongan pendidik yangsekian lama tabah dan sabar mengajar anak kita?

廣告-請繼續往下閱讀

Pernahkah kita datang ke sekolah untuk mengucapkan terima kasihkepada guru pada hari tersebut?

Mungkin kita juga tidak ambil peduli!  Tahun ini kesedaranmengenai wujudnya Hari Guru telah dikempenkan sejak awal menerusiprogram gerakan massa. 『Terima Kasih Cikgu』. Program yang bermulasejak awal April itu digerakkan di seluruh negara untuk membukamata dan minda masyarakat tentang Hari Guru yang tahun inibertemakan 『Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi』.

Orang ramai, khasnya ibu bapa, patut sentiasa menghargai danbekerjasama dengan guru, bukan sahaja pada Hari Guru, tetapi jugapada masa-masa lain.

Malang sekali ibu bapa kita selalu tidak mendekatkan diri denganguru. Saya pernah untuk beberapa tahun menjadi Yang Dipertua PIBGsebuah sekolah di Petaling Jaya. Setiap kali ada mesyuarat PIBG,bilangan ibu bapa yang datang amat mengecewakan.

Walaupun telah diberitahu lebih awal, ibu bapa langsung tidakpeduli.

Mereka tidak sudi datang atas alasan tidak ada masa, sibukdengan bisnes dan pelbagai urusan lain. Walhal pada mesyuaratseperti inilah ibu bapa patut menyuarakan pandangan bagi menolongguru meningkatkan prestasi sekolah.

 

Hatta diundang ke sekolah setahun sekali berjumpa guru darjahpada hari menyemak rekod dan prestasi murid pun ibu bapa tidaksudi.

Baik di bandar mahupun di kampung, ibu bapa hanya datang kesekolah apabila anak mereka tidak lulus atau tidak mendapat banyakA dalam peperiksaan. Mereka akan menyoal – dan marah guru – mengapaanak mereka lemah dalam pelajaran, mengapa anak mereka gagalmemperoleh 10 A?

Tidak ada terima kasih, jauh sekali sekuntum bunga, tanda terimakasih kepada guru jika anak mendapat keputusan cemerlang dalammana-mana peperiksaan.

廣告-請繼續往下閱讀

Tetapi guru pula yang dimarah – ada yang komplen kepada menteri!– sekiranya anak gagal dalam peperiksaan.  Di mana budi kitasebagai ibu bapa? Harap-harap dengan program massa 『Terima KasihCikgu』, ibu bapa belajar mengenang budi cikgu dan sama-samamenghayati Hari Guru pada tahun ini.