Guru ada di mana-mana..tetapi untuk menjadi pendidik, tidak semudah yang disangka

Guru ada di mana-mana..tetapi untuk menjadi pendidik,tidak semudah yang disangka

Selalu kita dengar, bila nampak seseorang anak murid itu nakalkelakuannya, cikgu akan kata.. 

「Haaa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak tu.Dah besar nanti mesti jahat」. Agak keras bunyinya kan?

Kadangkala, kita lihat anak murid kita tidak bermaya, tidak buatkerja yang kita berikan terus kita cap di dahi mereka, merekamemang bermasalah. Mereka memang malas. Tidak boleh dibantu lagisehinggakan ada ketika kita sanggup mengherdik mereka dengankata-kata yang bernada keras dan kasar.

Bagaimana kalau anak murid itu ialah anak kita sendiri? Tentusungguh meruntun jiwa.

Kadang-kadang bukan ibu bapa tidak ajar anak mereka di rumah,cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apasalahnya sebagai seorang pendidik datang hampir pada anak yangbermasalah itu dan berikan sedikit nasihat?

廣告-請繼續往下閱讀

Namun begitu, apabila kita berhadapan dengan situasi seumpamaitu, siapa yang perlu kita salahkan? Adakah ibu bapa itu sendiri?Adakah guru itu sendiri? Adakah sistem pendidikan kita pada hariini yang perlu kita persoalkan dan salahkan? Sehinggakan ada ibubapa yang sanggup 『home school』 kerana tidak percaya pada sistempendidikan sekarang ini. TIDAK sama sekali. Kita, sebagai pendidikyang harus menyesuaikan diri dengan tuntutan dan perubahankurikulum yang diperkenalkan.

Bak kata Saidina Umar Al-Khattab 「 Didiklah anak-anak kamusesuai dengan zamannya kerana mereka dijadikan Tuhan untuk zamanyang bukan zaman engkau」

Jika zaman kita dahulu, penggunaan buku teks semata sudahmemadai dan menjadikan kita murid bijak pandai.

Namun, zaman sekarang anak murid ini terdedah dengan pelbagaisumber pembelajaran. Mana mungkin cikgu dapat mengatasi kelebihantayangan animasi video yang nyata lebih menarik minat murid.

廣告-請繼續往下閱讀

Maka, sebagai guru masih lagikah kita hendak berada di takukyang lama? Masih lagi kita hendak guna kaedah 『chalk and talk』.Masih lagi kita hendak menggunakan kaedah herdik dan tengkingsupaya murid sentiasa takut dan mudah untuk kita kawal. Masih lagimerasakan kita, GURU yang paling berilmu dan berkuasa di dalamkelas?

Jika itu diri kita, jangan nanti apabila keputusan keluar anakmurid tidak dapat 「score」 subjek kita bukan kerana mereka tidakfaham tetapi mereka tidak minat dengan 「kita」 yang mengajar subjekitu.

Hal ini kerana, hanya dengan minat kejayaan akan hadir dipenghujung destinasi itu.

Cikgu Zura Zahrin

 

Sumber: Facebook Zura Zahrin