Jadikan aktiviti membaca seperti menonton wayang, cikgu ini ada tipnya

Jadikan aktiviti membaca seperti menonton wayang, cikguini ada tipnya

 

廣告-請繼續往下閱讀

Membaca itu jambatan ilmu. Hanya dengan membaca sahaja dapatmemperkayakan bahasa dan menambah ilmu pengetahuan. Namun, tidakramai pelajar dapat memahami dengan baik sesuatu tajuk di dalambuku teks atau buku rujukan. Sama ada konsep yang diterangkan sukardifahami atau pelajar itu sendiri sebenarnya tidak sukamembaca.

Ikuti perkongsian Cikgu Izzat difacebooknya ini.

5 Panduan Ringkas Membaca Buku

Ramai murid yang mengeluh kerana tidak dapat memahami apa yangditulis di dalam buku biologi sama ada buku teks mahupun bukurujukan. Adakah disebabkan terlalu banyak nama-nama saintifik didalam subjek biologi? Ataupun konsep dalam sesuatu tajuk biologiterlalu panjang untuk diterangkan?

Sebenarnya, kefahaman dalam memahami apa yang ditulis di dalambuku biologi bergantung kepada si pembaca. Di bawah diterangkansecara ringkas bagaimana untuk memahami apa yang dibaca:

1.Niat

Apa sahaja yang dilakukan bergantung kepada niat (intention).Jika niat membaca untuk memahami apa yang disampaikan, kefahamanakan datang sama ada cepat ataupun lambat. Jika niat membacasekadar untuk menghafal supaya dapat menjawab peperiksaan,kefahaman tidak dapat dicapai bahkan tekanan perasaan akan dirasaioleh si pembaca.

2.Fokus

Membaca memerlukan fokus yang tinggi. Jangan membaca ketikamakan, ketika menonton televisyen, atau ketika melakukan aktivitilain, kerana aktiviti membaca tersebut akan menjadi aktivitisampingan. Peruntukkan waktu yang sangat eksklusif untuk membaca.Jadikan aktiviti membaca seperti menonton wayang; fokus tanpadiganggu oleh anasir-anasir luar walaupun telefon bimbit!

3.Tulis

Jadikan tabiat mencatat apa yang dibaca sebagai satu kebiasaansemasa membaca. Tulis isi-isi penting di dalam kertas yangberasingan sebagai rujukan di masa hadapan. Tulis juga ayat-ayatyang dibaca di dalam buku yang kurang difahami untuk dirujuk kepadaguru. Ini dapat memastikan salah faham dalam sesuatu konsep biologidapat dielakkan.

廣告-請繼續往下閱讀

4.Sabar

Kefahaman selalunya hadir lambat kerana sesuatu ilmu terbinadaripada beberapa ilmu yang lain. Kebiasaannya, beberapa buku yangberlainan diperlukan untuk memahami sehingga arif dalam sesuatubidang ilmu. Jangan terburu-buru dalam menimba ilmu. Air yangdicurahkan sekaligus pada batu tidak mengubah batu, tetapi air yangmenitis titik demi setitik secara berterusan di atas batu mampumelekukkan batu tersebut.

5.Hormat guru

Jangan sesekali menjadikan ilmu yang didapati di dalam bukusebagai 「senjata」 untuk memalukan guru di dalam kelas jika sesuatukonsep yang diterangkan oleh guru adalah salah. Jika niat kitamencari ilmu yang benar, bawa buku yang dibaca kepada guru secarasembunyi tanpa pengetahuan murid yang lain.

Bincang dan tanya kepada guru tentang apa yang ditulis di dalambuku dan apa yang diperkatakan oleh guru. Mungkin guru akanmenyedari kesilapannya dan menerimanya sebagai penambahbaikan dimasa akan datang. Bahkan mungkin juga apa yang ditulis di dalambuku tersebut adalah salah!

 

Akhir sekali, jadikan budaya membaca sebagai satu aktiviti lebihdaripada sekadar hobi atau sekadar menjawab peperiksaan. Pembacaanyang baik akan melahirkan budaya ilmu yang baik. Budaya ilmu yangbaik dapat membentuk adab mulia dan dapat menangkis segalakesesatan yang datang hatta sebesar fitnah Dajjal mahupun sekecilberita-berita palsu di media sosial.

Semoga bermanfaat!