Seronok bertugas di pedalaman, cikgu comel ini tak kisah disengat kala jengking

廣告-請繼續往下閱讀

Semangat kental Cikgu Nur Anita ketika mengajar di pedalaman,wajar dijadikan contoh.

Seronok bertugas di pedalaman, cikgu comel ini tak kisahdisengat kala jengking

 

Seronok atau tidak mengajar di pedalaman, ia sebenarnyabergantung kepada guru itu sendiri.

Walaupun bermacam cabaran dan dugaan dihadapi, tetapi jika hatidah suka bila mengajar di sekolah tersebut..teruskanlah.

Cikgu Nur Anita Hasnan, yang ditugaskan mengajar di SK Sg MenuanKapit, melahirkan rasa seronok mengajar di sekolah itu.

"Belum ada rasa nak pindah cikgu, best duduk sini," itu katacikgu muda ini, seperti dipetik menerusi blog CikguEmmet Menulis.

Ikuti perjalanan menarik Cikgu Nur Anita sepanjang bergelar gurudi SK Sg Menuan Kapit.     

 

**********

 

Belum Ada Rasa Nak Pindah Cikgu, Best Duduk Sini

Dari Changlun Kedah dia berkelana berbakti di bumi Kenyalangyang indah ini. Apatah lagi dihantar berkhidmat sebagai guru diceruk pedalaman Kapit.

Ternyata guru serikandi ini seorang yang cekal. Cikgu Nur Anitabt Hasnan atau di kenali di FB dengan nama Nur Choki Choki adalahsalah seorang dari puluhan guru wanita yang berkhidmat di pedalamanSarawak.

 

Mula berkhidmat pada tahun 2014 di daerah Daro namun memohon egtukar untuk ke kawasan lebih mencabar.

Destinasinya Kapit.

Akhirnya beliau ditempatkan di SK Sg Menuan Kapit. Perjalanandari Sibu mengambil masa 3 jam dan seterusnya menaiki perahupanjang menuju hulu sungai Rajang dan memasuki sungai Menuan.Perjalanan perahu panjang selama 2 jam.

Berkhidmat di SK Sg Menuan ini memberikan pengalaman yang tidakdapat dirasai di negeri asalnya di Kedah.

 

廣告-請繼續往下閱讀

「Saya tak pernah mengayuh perahu seumur hidup saya tapi diKapit saya belajar mengayuh perahu dan sekarang saya makin mahirmelakukannya," kata Cikgu Nur.

Antara pengalaman yang mencemaskan ialah semasa menongkah arussurut di Sungai Rajang, perahu panjangnya nyaris dilanggar beberapabatang balak hanyut yang menghilir dalam arus deras. Namunkecekapan pemandu bot berjaya mengelakkan kejadian tidak diinginiberlaku.

 

Satu lagi pernah rakannya tergelincir di dalam air sungai Rajangdan tenggelam selama beberapa minit hingga mengundang rasa cemasnamun selepas itu rakannya timbul dalam keadaan tercungap-cungapdan diselamatkan oleh orang ramai.

Selain itu pengalaman menolak bot panjang bila menempuh kawasansungai yang cetek sudah menjadi lali.

「Masa mula-mula dulu memang sakit badan saya, tapi kini saya dahbiasa. Alah bisa tegal biasa,」 kata Cikgu Nur Anita.

Kadang-kadang risau juga sebab keluarga jauh dan saya pernahdisengat kala jengking semasa meronda asrama murid pada waktu malamdia bertugas sebagai warden.

 

廣告-請繼續往下閱讀

Menerima rawatan digigit kala jengking

 

Sengatan tersebut menyebabkan dia demam dan panas badan.

Namun pada waktu malam agak bahaya bagi pemandu bot panjangmenempuh arus rajang ke pekan kapit.

 

Hanya dengan panadol beliau bertahan hingga esok pagi dandihantar ke Kapit bagi menjalani rawatan di hospital.

Beliau menerima 2 suntikan dan kembali pulang untuk bertugas disekolah semula. Inilah antara pengalaman yang agak sukar.

「Tak isi eg tukar ke untuk pindah semula ke Kedah?」 Sayabertanya.

「Belum ada rasa nak pindah cikgu, best duduk sini," jawab beliausambil mengukir senyuman.

Cikgu Nur memberitahu masyarakat Iban di kawasan Kapit sangatperamah dan baik.

 

Beliau sering di alu-alukan untuk datang ke rumah panjang.

Menurut Cikgu Nur Anita lagi keistimewaan yang terdapat padaorang Iban di Kapit ini ialah hampir semuanya pakai jam tangan.

Lebih-lebih lagi orang tua yang turun ke huma dan kebun tetapakan memakai jam tangan. Walaupun orang tua Kapit sudah berusia 70tahun tetapi masih mengekalkan gaya berpakaian yang kemas dan tegaptubuh badannya.

Selain itu masyarakat di Kapit tidak mengamalkan sikap racistdan prasangka terhadap orang luar lebih-lebih lagi terhadap orangSemenanjung.

「Saya gembira mengajar di sekolah saya kerana guru-guruSemenanjung diterima sebagai keluarga oleh masyarakat sekolah dankampung,」 menurut Cikgu Nur Anita.

Cikgu Nur Anita suka melawat rumah panjang. Antara rumah panjangyang dilawati ialah Rumah Jandok.

Di Rumah Jandok dia dibawa oleh penduduk melihat tengkorakmanusia yang masih tergantung di tiang ruai.

 

廣告-請繼續往下閱讀

Cikgu Nur Anita ketika melawat ke Rumah Jandok.

 

Selain itu dia turut dibawa melawat ladang ternakan rusa.

Satu amalan di kalangan masyarakat Iban ialah jika ditawar ataudijemput menjamah makanan.

 

Kalau tidak mahu makan atau menolak, jangan menolak sembarangan.Ini boleh jadi satu penghinaan pada tuan rumah. Untuk menolaksecara hormat, tetamu diminta menyentuh makanan atau pinggan.

「Ponek」 kata orang Iban jika menolak makanan.

Cikgu Nur Anita mendapat banyak pengalaman yang menarik danindah untuk disisipkan menjadi kenangan indah dan disampaikan padasahabat di Semenanjung.

Cikgu Nur Anita hanya secebis dari ratusan kisah-kisah yangterlakar di ceruk pelusuk pedalaman Kapit, Baram, Lubok Antu danlain-lain.

Kisah yang jarang kita lihat namun ia dilalui oleh jiwa jiwahebat lelaki dan wanita yang berani terdiri dari anak anak Sarawakdan semenanjung yang berkhidmat di sini.

Cikgu Nur Anita sememangnya wanita lembut berhati besi ditengah-tengah syurga flora dan fauna yang indah di BumiKenyalang.

Demikianlah hebatnya guru-guru di pedalaman menempuh pelbagairintangan demi mendidik anak-anak bangsa agar mereka menjadi warganegara yang berguna dan berjasa pada Sarawak.

Salute pada anak-anak muda sama ada Sarawakian mahupun dariSemenanjung yang berkhidmat di pedalaman Sarawak.

Perkauman tiada tempat di sini. Terbaik…ooohaaaa

 

廣告-請繼續往下閱讀

 

廣告-請繼續往下閱讀

 

Sumber: Blog Cikgu Emmet Menulis