Ibu bapa basuh kereta guru sempena sambutan Hari Guru

Ibu bapa basuh kereta guru sempena sambutan HariGuru

 

KOTA BHARU: Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor,di sini, hari ini tampil kelainan apabila ibu bapa hadir membuatkejutan untuk membasuh kereta guru.

 

Kehadiran 15 ibu bapa seawal jam 8 pagi tadi denganmasing-masing membawa baldi, cecair pembersih dan kain pengelapternyata mengejutkan guru di sekolah itu.

 

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolahberkenaan, Hisyam Daud, berkata ia adalah sebahagian kejutan yangdirancang jawatankuasa PIBG tanpa pengetahuan guru sekolah itu.

 

 

IBU bapa membasuh kenderaan guru sempena sambutan Hari Guru 2019di SK Jelor, Pasir Puteh. - NSTP/Ihsan Pembaca

 

 

「Kami adalah ibu bapa murid Tahun Enam hadir pada hari ini bagimenghargai jasa guru yang mendidik anak-anak kami daripada TahunSatu hingga sekarang berada di Tahun Enam.

 

「Kami sempat mencuci kesemua 46 kereta guru termasuk empatmotosikal.

 

「Kerja mencuci kenderaan dimulakan ketika semua guru bersama 268murid berkumpul di medan perhimpunan bagi menyambut Hari Guru,」katanya di sini, hari ini.

 

Sementara itu, Guru Besar sekolah itu, Zurina Ripin berkata, iniadalah kali pertama kehadiran ibu bapa secara berkumpulan untuksama-sama mengadakan aktiviti bagi sambutan Hari Guru peringkatsekolah.

廣告-請繼續往下閱讀

 

「Kami hanya sedar apabila mereka selesai membasuh kenderaandengan menggunakan peralatan yang dibawa sendiri

 

「Alhamdulillah terima kasih PIBG atas kejutan ini,」 katanya.

 

Jika hari ini seorang Perdana Menteriberkuasa                                                               Jika hari ini seorang Raja menaikitakhta                                                               Jika hari ini seorang Presiden sebuahnegara                                                               Jika hari ini seorang ulama yangmulia                                                               Jika hari ini seorang peguam menangbicara                                                               Jika hari ini seorang penulisterkemuka                                                               Jika hari ini sesiapa sahaja menjadidewasa;                                                               

 

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa....                                                           

 

Dengan lembut sabarnya mengajartulis-baca.              

 

  Insan seperti Perdana Menteri, jurutera, doktor ataupeguam mencapai kejayaan  dalam hidupnya kerana diajar dandididik oleh guru. Kejayaan mereka ini menunjukkan bahawa gurubanyak berjasa kepada banyak orang. Insan yang bergelar cikgu iniibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain termasukdiri kita. Oleh itu, kita mestilah membalas jasa mereka supaya kitatidak dianggap sebagai kacang melupakan kulit. Kata Saidina Ali,「Siapa mengajar aku satu huruf jadilah aku hamba kepadanya」.Begitulah mulianya kedudukan seorangguru.              

 

 Satu daripada cara untuk kita membalas jasa guru ialahkita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh ibarat genggambara api biar sampai jadi arang. Sebagai guru, mereka ingin melihatkita berjaya pada masa depan. Oleh itu, apabila gur mengajar, kitaperlu memberi perhatian sepenuhnya dan janganlah menimbulkanmasalah disiplin yang boleh mengganggu proses pengajaran danpembelajaran. Sebagai contohnya, guru ingin melihat kita berjayadalam setiap peperiksaan yang kita duduki dengan cemerlang. Gurusudah pasti berbangga jika kita mencapaikejayaan.               

 

Selain itu, kita mestilah menghormati guru pada setiap masa.Guru merupakan ibu bapa kedua bagi kita. Sebagai contohnya, kitamestilah mendengar nasihat atau tunjuk ajar mereka. Jika kitamelawan atau ingkar arahan guru, ilmu atau pengajaran yang kitaterima daripada guru tidak berkat. Apabila kita sudah dewasa, danmungkin memegang jawatan yang tinggi sekalipun hendaklah sentiasamenghormati guru. Sabda Nabi Muhammad, 「Pelajarilah ilmupengetahuan dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwadan kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yangmengajar kamu」. (Riwayat AbuHurairah)              

廣告-請繼續往下閱讀

 

 Seterusnya, kita perlu membalas jasa guru dengan sentiasamenolong atau membantu guru. Dalam hal ini, kita mestilah bersedia pada bila-bila masa untuk membantu mereka. Sebagaicontohnya, kita hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jikaguru meminta bantuan daripada kita untuk menghantar buku latihandari kelas ke bilik guru dan sebaliknya. Melalui cara ini, kitadapat membalas jasa guru yang mendidik dan mengajarkita.               

 

Bukan itu sahaja. Kita juga perlulah membalas jasa guru dengancara mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka.Hal ini dapat kita lakukan apabila kita mengingati guru kitabila-bila masa. Sebagai contohnya, semasa sambutan Hari Guru,selain menghantar ucapan 「Selamat Hari Guru」, kita hendaklah berdoakepada Tuhan agar guru yang telah berjasa kepada kita sentiasadirahmati oleh Tuhan. Melalui cara ini, kita akan dianggap sebagaimurid yang baik dan sentiasa menghargai jasa guru yang telahmenyemarakkan evolusi mental yang berterusan sehingga kita menjadiinsan yang berguna pada hari ini danseterusnya.               

 

Satu lagi cara untuk menghargai jasa guru ialah sentiasamengunjungi guru di sekolah atau di rumah walaupun kita telahmeninggalkan bangku sekolah. Jauh lebih baik apabila kitamengunjungi guru semasa guru kita sakit atau semasa mengalamisesuatu musibah. Pada ketika itu, guru akan rasa diri merekadihargai. Juga lebih elok kita kunjungi rumah guru sesudah merekabersara kerana guru yang membakar diri menerangi kehidupan kitaumpama lilin.       

 

        

Kesimpulannya, guru merupakan insan yang banyak berjasa danbermakna dalam kehidupan kita. Guru ibarat pelita yang menjadipenyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita. Tanpa guru, kitaakan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Guru juga umpama tongkatkepada orang buta. Oleh itu, kita wajar membalas jasa guru danmengingati segala pengorbanannya pada setiap masa.             

廣告-請繼續往下閱讀