Ustaz maut tergelincir, jatuh dari ketinggian 8m, kepala terhantuk batu ketika mandi di air terjun

廣告-請繼續往下閱讀

廣告-請繼續往下閱讀

廣告-請繼續往下閱讀

Mangsa terjatuh kira-kira lapan meter setelah tergelincir dariatas batu di Air Terjun Lasir di Tasik Kenyir dalam kejadiantengahari kelmarin.

Ustaz maut tergelincir, jatuh dari ketinggian 8m, kepalaterhantuk batu ketika mandi di air terjun

 

KUALA BERANG - Kegembiraan sekumpulan guru agama dan pelajarmenyertai program di Tasik Kenyir bertukar duka apabila salahseorang daripada mereka maut setelah tergelincir daripada batu diAir Terjun Sungai Lasir, tengahari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengahari itu, mangsa, Wan AhmadFaiz Wan [email protected], 36, beralamat di Taman Sri Aman Dalam,Pasir Puteh jatuh jatuh dari ketinggian kira-kira lapan meter diatas batu bahagian bawah sebelum masuk ke dalam air.

 

Terdahulu, guru tahfiz Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan itu tibasekitar jam 10.30 pagi bersama keseluruhan 18 guru tahfiz dan enampelajar menaiki sebuah rumah bot dan berhenti di kawasan Air TerjunSungai Lasir.

廣告-請繼續往下閱讀

Mayat mangsa yang meninggal dunia setelah tergelincir dari atasbatu di Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir tengahari kelmarin dihantarke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah

siasat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan MohdAdli Mat Daud berkata, polis menerima panggilan jam 1.20 petangdari orang awam memaklumkan berhubung kejadian itu.

 

「Mulanya, mangsa bersama rakan mandi di kawasan air terjuntersebut.

「Berdasarkan cerita rakannya (saksi), dia nampak mangsatergelincir dari atas batu lalu terhempas pada batu-batu dibahagian bawah setinggi kira-kira lapan meter.

「Kemudiannya, mangsa dilihat terus terjatuh ke dalam airsedalam lebih kurang tiga meter dan tenggelam,」 katanya.

Beliau berkata, rakan-rakannya cuba membantu dan menyelamatkanmangsa yang tenggelam dalam air, namun didapati mangsa telahmeninggal dunia.

「Terdapat kesan luka di kepala mangsa akibat terhentak padabatu.

「Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu jam 5.30 petanguntuk bedah siasat,」 katanya.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal duniaakibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kes diklasifikasisebagai mati mengejut.