Kata Kerja Bergambar

Kata Kerja Bergambar

 

廣告-請繼續往下閱讀

 

廣告-請繼續往下閱讀

 

廣告-請繼續往下閱讀

 

廣告-請繼續往下閱讀

 

廣告-請繼續往下閱讀

 

廣告-請繼續往下閱讀

 

1.Aktiviti di dapur

mencuci sayur

memotong sayur

mencencang daging

menghiris bawang

mengisar cili

menumbuk cili

menyiang ikan

memerah santan

memerah jus oren

mengisar cili

mengopek kulit

menapis air

mengayak tepung

menguli / mengadun tepung

mengukus ikan

menanak nasi

menjerang air

menggoreng ikan / ayam / sayur

membakar kek / roti

memasak

merebus telur

mereneh sup

membancuh kopi

mencedok nasi / sup

menyenduk nasi

 

2.Aktiviti di taman

bersenam

berjoging

bersiar-siar

berbual-bual

berkejar-kejaran

memanaskan badan

bermain papan gelongsor

bermain jongkang-jongket

bermain catur

bermain layang-layang

bermain buaian

menyepak bola

menjaringkan gol

bermain badminton

mengayuh / menunggang basikal / berbasikal

bertegur sapa

membaca novel / buku cerita

mendayung sampan

berkelah

menikmati makanan / pemandangan

mengambil gambar

membuang sampah

mengutip sampah

 

3.Aktiviti di ruang tamu

menonton televisyen

melipat pakaian

bermain alat mainan

mendengar muzik / radio

menghirup kopi

menjahit baju

menganyam tikar

mendodoikan anak

bermain piano / biola

 

4.Aktiviti di kebun / kebun bunga

berpeluh

mengusap peluh

menanam pokok bunga

menyiram pokok bunga

menyembur racun serangga

membubuh baja

mencantas daun pokok

memangkas rumput

menebang pokok

mencangkul tanah

menggali lubang

mencabut rumput

menyabit rumput

menjolok / mengait buah

memetik bunga / buah

 

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatuperbuatan.Dalam sesebuah ayat,kata kerja berfungsi sebagaipredikat. Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasakerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan,makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagikepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerjatak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ). Menurut (Nik SafiahKarim et al. 2009), kata kerja sebagai satu golongan kata bolehdibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu, kata kerja transitifdan kata kerja tak transitif.

廣告-請繼續往下閱讀

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan olehpembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itudipanggil penyambut (objek). Kata kerja ini biasanya mempunyaiimbuhan 'me-' sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripadaimbuhan seperti mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki,mempersilakan.

Contoh ayat: Ali menyepak bola.

                    Mereka memancing ikan.

Berdasarkan contoh di atas, jelas perbuatan menyepak,memancing tersebut terkena kepada orang atau benda lain.

Contoh: Kucing itu menangkap seekor burung.\

             Perempuanitu menjual sayur.

             Bapa itusedang menulis surat.

Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja transitif ialah kata kerjayang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untukmelengkapkan maksudnya. Contoh:

    Subjek                     Kata Kerja Transitif               Objek

1. Kakak                     memasak                              kari ayam.

2. Farid                       menendang                            bola.

3. Sabri                        menulis                                 surat.

Jenis-jenis Kata Kerja Transitif 

Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis:

a) Kata kerja transitif aktif- berfungsi dalam ayataktif

    Anisah mencuci pakaian di tepisungai.

b) Kata kerja transitif pasif- berfungsi dalam ayatpasif

    Pakaian dicuci oleh Anisah di tepi sungai.

Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak mengambilapa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitifialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objeksesudahnya.

Jenis-jenis Kata Kerja Tak Transitif

a) Kata Kerja Tak TransitifBerpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap ialah kata kerja yangmesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (NikSafiah Karim et al. 2009) . Contoh:

   Subjek           Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap          Pelengkap

1.Adik               bermain                                                       di padang.

2.Alias                tinggal                                                        di Kedah.

廣告-請繼續往下閱讀

b) Kata Kerja Tak Transitif TanpaPelengkap

KAta Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yangboleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contoh:

   Subjek              Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap            Keterangan

1.Mereka              makan                                                                      di sawah.

2.Mereka             membeli-belah                                                            di Ipoh.

Latihan

Tandakan ( / ) bagi setiap ayat transitif dan tandakan ( x )bagi ayat tak transitif di bawah ini.

1. Siti menangis.                                         (  )

2. Safuan memancing ikan.                          ( )

3. Ibu masih bersolek.                                (  )

4. Hujan belum turun.                                 (  )

5. Kamal melukis gambar bunga.                  (  )

6.Ah Lim menjual kereta Proton.                  (  )

7. Asiah menyimpan wang.                           ( )

8. Farah belum tidur lagi.                             (  )

9. Kambing makan daun.                              ( )

10. Matahari akan terbit dari timur.               (  )